Jangan layan Dong Zong!

0
845
Presiden Isma, Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Kerajaan baharu di bawah gabungan Perikatan Nasional digesa tidak melayan tuntutan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dong Zong yang mahu berjumpa dengan pihak kerajaan bagi membincangkan isu pendidikan sekolah vernakular Cina.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak lebih tegas dan mengutamakan permintaan NGO Islam yang merupakan pemegang taruh terbesar kepada agenda Islam dan Melayu.

“Kerajaan perlu ingat kembali tindakan-tindakan rasis dan subversif Dong Zong sebelum kerajaan baru ini naik seperti isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pembantahan tulisan Jawi.

Tangkap layar tuntutan Dong Zong yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris

“Malah, kolej milik mereka juga merupakan tempat di mana perhimpunan memperingati ketua komunis diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan bahawa Dong Zong mahu mengadakan pertemuan dengan kerajaan baharu bagi membincangkan isu berkaitan pendidikan Cina sebaik Kabinet dibentuk.

Malah pertubuhan itu turut berjanji akan terus memperjuangkan beberapa isu berkaitan pendidikan Cina sebagai mana ketika pemerintahan Pakatan Harapan sebelum ini.

Sementara itu, ketika mengulas lebih lanjut, Aminuddin berkata, segala tindak tanduk pertubuhan rasis itu bukan sahaja menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati malah bertindak meluahkankannya melalui satu petisyen agar Dong Zong diharamkan.

“Tidak dilupakan juga, kini sudah lebih 300 ribu rakyat Malaysia yang menandatangani petisyen agar Dong Zong diharamkan. Banyak lagi yang boleh kita sebutkan, tetapi saya rasa kita semua pun sedia maklum akan hakikat pertubuhan mereka ini.

“Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahajalah. Apakah kerajaan akan meraikan permintaan pertubuhan rasis Dong Zong ini kononnya demi menjaga hati orang cina dan menyisihkan NGO-NGO Islam? Saya harap tidak,” tegasnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here