Jangan panik – Perdana Menteri

0
224
Seorang petugas keselamatan memeriksa suhu badan Perdana Menteri

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sempat meluangkan masa untuk mengunjungi sebuah pasar raya di ibu negara meskipun sibuk dengan jadual padat terutamanya ketika wabak Covid-19 sedang melanda seluruh negara.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya, Perdana Menteri turut berpuas hati dengan sikap orang ramai yang sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.

Perdana Menteri meninjau bekalan makanan dan keperluan harian di sebuah pasar raya hari ini

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana barangan keperluan adalah mencukupi.

“Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here