Jangan sampai polis ambil – Ismail Sabri

0
133

CYBERJAYA- Kira-kira 4,000 peserta yang menyertai perhimpunan tabligh diminta tampil membuat pemeriksaan kesihatan dalam kadar segera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu diambil bagi mengelak individu-individu berkenan ditahan polis.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa pihaknya telah mengenalpasti kesemua individu terbabit.

“Ada pihak yang tahu mereka sakit tetapi tidak laporkan, ini satu kesalahan di bawah undang-undang dan polis boleh ambil tindakan untuk tahan mereka.

“Kita harap perkara ini tidak berlaku, termasuk juga kumpulan 4,000 peserta tabligh yang masih belum datang secara sukarela ke hospital dan klinik berdekatan.

“Polis dah maklumkan mereka sudah kenalpasti individu-individu ini, saya harap mereka tampil secara sukarela jangan sampai polis ambil untuk dibawa ke klinik,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Dalam perkembangan lain katanya, kerajaan akan mengeluarkan pas kebenaran perjalanan untuk kakitangan kerajaan dan swasta yang perlu bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pas itu dikeluarkan untuk pekerja yang tidak dapat menunjukkan bukti arahan bertugas semasa melalui sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

“Surat pelepasan untuk kakitangan kerajaan akan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara manakala surat pelepasan bagi kakitangan awam akan diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di kolej, kerajaan akan mengangung segala keperluan mereka termasuk makanan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here