Jangan sebar maklumat palsu, cetus suasana panik

0
165

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

KUALA TERENGGANU – Masyarakat disaran supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan wabak Covid-19 sehingga mencetuskan suasana panik dalam komuniti.

Memetik laporan teganukita.net, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tengkawang, Dr. Suzeli Abdullah berkata, terdapat sebahagian masyarakat bertindak melulu menyebarkan berita yang belum ternyata kesahihannya.

Menurutnya, sedangkan di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) belum diputuskan di mana akan mengenal pasti terlebih terdahulu serta menjadi amalan kakitangan kesihatan mengambil langkah berhati-hati.

“KKM telah mengenal pasti beberapa kaedah mengesan virus Covid-19 melalui saringan melibatkan seluruh hospital, pusat kesihatan serta pejabat kesihatan seluruh negara.

“Kita telah membahagikan kepada beberapa golongan saringan yang kita golongkan sama ada orang itu mempunyai tanda-tanda ataupun tidak dan kalau mempunyai tanda-tanda kita akan bahagikan kepada dua sama ada teruk atau biasa,” jelasnya.

Tambah beliau, jika keadaan pesakit teruk, mereka akan dirujuk terus ke hospital untuk dirawat secara sokongan.

“Manakala bagi yang ada tanda-tanda awal, kita akan kuarantin di tempat yang telah ditentukan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung melalui Kuliah Dhuha Masjid Rusila yang disampaikan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, walaupun wabak ini boleh dikesan melalui tanda-tanda biasa ketika disaring melalui empat tanda utama iaitu, demam, batuk, sesak nafas, sakit kerongkong dan selesema, namun komplikasinya amat dibimbangi.

“Komplikasi yang kita risau jangkitan ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan merosakkan badan manusia.

“Dan merebak ke seluruh badan, jantung, buah pinggang dan seterusnya pergi ke otak yang akhirnya boleh membawa kepada kematian,” kongsinya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here