Jangkitan Covid-19 melalui nyamuk, mungkin atau tidak?

0
98

CYBERJAYA – Salah satu pertikaian yang kerap diperdebat mengenai kaedah penularan virus Covid-19 adalah kemungkinan ia merebak melalui jangkitan nyamuk yang pasti menjadikan usaha membendungkan teramat sukar.

Namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengesahkan bahawa manusia tidak terdedah kepada ancaman Covid-19 melalui gigitan nyamuk.

“Sehingga hari ini masih tiada maklumat atau data yang dapat mengaitkan virus ini merebak melalui gigitan nyamuk.

“Covid-19 adalah virus respiratori yang berjangkit menerusi titisan air atau cecair yang disebarkan menerusi batuk atau bersin atau lendir dari hidung,” menurut kenyataan web pertubuhan itu.

Pengesahan itu turut diperakui Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Nyamuk The Lee County, Eric Jackson yang berkata, walaupun nyamuk boleh membawa pelbagai jenis virus tetapi ia perlu berevolusi untuk menjadikan nyamuk itu sebagai pembawa.

“Setakat kajian kami, koronavirus bukanlah sejenis virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk daripada pesakit kepada pesakit lain,”katanya.

Keadaan itu katanya berbeza dengan pembawakan virus denggi dalam nyamuk aedes yang mana virus berkenaan tinggal di dalam badan nyamuk dan tersebar melalui gigitan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here