Jenazah pesakit Covid-19 diuruskan dengan kaedah tayammum

0
274

CYBERJAYA – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan bahawa jenazah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 boleh diuruskan melalui kaedah tayammum.

Menurut laporan portal SuaraMerdeka yang memetik Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad sebagai berkata, kaedah tayammum boleh dilakukan hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

“Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10 hingga 11 Februari 2015.

“Mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Dijangkiti Virus Ebola di Malaysia iaitu sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang boleh mengurus jenazah tersebut,” kata Mohd. Yusof dalam satu kenyataan.

Keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here