Jojo Shoes: Diskaun 50 peratus buat pelanggan

0
479

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Berita baik buat pengujung yang mengunjungi Malakat Mall apabila Jojo Shoes menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kasut terpilih kepada pelanggannya.

Pengurus jenama Jojo Shoes, Muhammad Hafiz Mohtar Rasali berkata, tawaran itu hanya sah dalam tempoh tiga bermula esok hingga Ahad ini.

“Oleh itu, kami menjemput orang ramai datang ke Jojo Shoes bagi membeli pelbagai jenis kasut yang terpilih pada harga berpatutan,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Hafiz berkata, rekaan kasut yang dihasilkan oleh Jojo Shoes itu setanding dengan rekaan terkenal di luar negara selain mempunyai kualiti tinggi.

Beliau menambah, Malaysia dipilih oleh pengeluar kasut tersebut sebagai negara pertama memasarkan produk itu di Pusat Beli Belah Malakat Mall.

“Kasut yang dihasilkan adalah berkualiti dan materialnya memang terbaik selain harga mampu milik untuk semua pelanggan.

“Selain itu, pihak pengeluar juga menggunakan teknologi terkini untuk mencipta pelbagai jenis kasut selain menepati citarasa masa kini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menyediakan kasut untuk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak seawal usia empat tahun sehingga warga emas berusia 50 tahun.

Ditanya mengenai harga, Muhammad Hafiz menjawab, pelanggan tidak perlu binbang kerana harga ditawarkan mampu milik kepada semua golongan.

“Orang ramai jangan bimbang dengan harga kasut di Jojo Shoes kerana kami menawar harga mampu milik tetapi berkualiti tinggi.

“Selain dijual di Malakat Mall, kami turut menjual secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan di luar Lembah Klang membelinya,” katanya.

Katanya, pihaknya juga menyediakan kasut pelbagai jenis saiz kasut mengikut saiz masyarakat Asia. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here