Jom jadi sukarelawan Brainy Ranger Emergency Response Team

0
1240

CYBERJAYA – Brainy Ranger membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sukarelawan di setiap negeri bagi membantu mengagihkan pek-pek makanan.

Komandan Brainy Rangers, Izni Idris berkata, pek-pek makanan berkenaan akan diagihkan kepada mereka yang terputus bekalan makanan disebabkan oleh Covid-19.

Katanya, kawasan-kawasan agihan pek-pek makanan ini akan dilakukan di seluruh negeri di Malaysia dan pihak Brainy Ranger akan mengenalpasti lokasi agihan.

“Oleh kerana usaha ini memerlukan tenaga kerja yang ramai, kami amat mengalu-alukan anda yang boleh menyumbangkan tenaga di dalam usaha murni ini.

“Kerja sukarela ini tentu sekali akan mengambil masa dan tenaga anda, bantulah kami sekiranya mampu menjadi sukarelawan Brainy Ranger Emegency Response Team,” katanya.

Menurut Izni, mereka yang berminat boleh mengisi borang di sini.

“Isikan borang supaya kami boleh mengenalpasti siapa yang boleh membantu. Semoga bantuan saudara dan saudari diperkirakan sebagai amal soleh oleh Allah SWT,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here