Jom sama-sama kita atasi ‘virus’ ini

0
63
Mematuhi arahan PKP boleh memutuskan rantaian Covid-19.- Gambar hiasan.

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI 

Jika sebelum ini, seorang ahli politik Taiwan membuat ulasan kurang tepat mengenai Covid-19 di Malaysia di sebuah program negaranya, baru-baru ini. 

Dalam rancangan itu, pengulas Taiwan itu juga menyebut betapa buruknya keadaan Covid-19 di Malaysia. 

Namun apa yang disebutkan itu adalah tidak benar dan lebih kepada fake news. 

Kenyataan yang dikeluarkan itu bukan sahaja palsu bahkan ia juga membuatkan ramai rakyat Malaysia khususnya ‘naik angin’ berkenaan isu tersebut. 

Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan warga maya  negara ini menghantar pelbagai komen mereka ke laman sosial pengulas itu. 

Tidak betah dengan komen yang dikirimkan oleh warga maya menyebabkan pengulas Taiwan meminta maaf atas kesilapannya kepada rakyat negara ini. 

Ini juga membuktikan rakyat Malaysia tanpa mengira apa jenis bahasa dituturkan, kita boleh bekerjasama dalam menjayakan satu-satu pekara.

Jika kita ambil sedikit semangat perpaduan yang ditunjukkan dalam laman media sosial itu dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini adalah baik. 

Ia bukan sahaja dapatkan mengurangkan lagi kadar risiko jangkitan bahkan ia juga boleh menyelamatkan nyawa anda. 

Bahkan ia juga memudahkan tugasan frontliner kita khususnya anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semakin letih dengan sikap mereka ingkar dengan PKP.

Sikap ini sebenarnya adalah ‘virus’ yang lebih berbahaya dan sukar untuk diubati. 

Setakat hari ini sudah ada ditahan oleh pihak polis atas keingkaran mematuhi PKP malah ada daripada mereka sudah didakwa di mahkamah. 

Jika PKP ini tidak ikuti, penulis khuatir jangkitan Covid-19 akan terus merebak mengakibatkan lebih ramai dijangkiti. 

Jika ini berterus dek kerana kedegilan anda yang enggan mematuhi PKP, penulis mahu anda sendiri fikir akibatnya. 

Pikiorler kome! – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here