Jom sokong tepung gandum Masyitah

0
350

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Tepung gandum Masyitah merupakan salah satu produk barangan asas keluaran Muslim yang perlu diketengahkan.

Ikon Buy Muslim First (BMF), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari sempat mempromosikan produk itu di Facebooknya bagi memberi maklumat kepada pelanggan BMF.

Menurutnya, tepung 100 peratus keluaran Muslim itu sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan stok bekalan tepung daripada Bidara, sama seperti Tepung Gandum Faiza.

“Walau bagaimanapun, mulai hujung bulan ini, Tepung Gandum Masyitah akan mengimport bekalan tepung dengan sendiri daripada negara pengeluar.

“Tahniah!,” kongsinya yang terkenal dengan ‘tagline’ kita cakap kita buat.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) itu turut berkata, sebagai pengguna Muslim yang bijak, orang ramai dinasihatkan membeli produk yang benar-benar keluaran Muslim.

Tegasnya, bukannya produk OEM di kilang bukan Islam. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here