Jualan melonjak selepas solat berjemaah di Malakat Mall

0
552
Orang ramai boleh menunaikan solat jemaah di mana-mana di ruang dalam Malakat Mall sebaik masuk waktu solat fardu

RAUDHAH CITY – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim meluahkan perasaan tidak percayanya apabila setiap kali habis waktu solat berjemaah, transaksi jualan di pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall akan melonjak naik.

Berkongsi dengan Malakat Tribune, beliau yang lebih dikenali sebagai coach Fadzil berkata, situasi tersebut umpama satu kemenangan awal yang diberikan Allah kepada Malakat Mall.

“Luar biasanya, dalam satu analisis yang dibuat oleh pasukan kami, apabila lepas sahaja waktu solat berjemaah, transaksi kita meningkat. Insya-Allah ini kemenangan awal yang Allah bagi pada kita, dengan tanpa ada apa-apa dan tanpa pinjaman bank kita dapat memulakan perniagaan ini,” katanya.

Malakat Mall yang dibangunkan di CBD3 Cyberjaya dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan pelbagai jenis produk BMF yang dimiliki oleh usahawan Muslim.

Coach Fadzil (kanan)

Dalam pada itu, mengulas mengenai solat berjemaah yang dilakukan dalam pusat beli belah itu, coach Fadzil berkata, beliau bersyukur dan gembira kerana orang ramai dapat berjemaah secara bersama-sama. 

Malah, katanya, sepanjang hidupnya pertama kali beliau berasa amat mudah untuk menunaikan solat secara berjemaah di awal waktu.

“Seumur hidup, saya tak pernah rasa begini mudah untuk menunaikan solat.

Wallahi, ramai juga yang cakap begini apabila masuk waktu solat terus terasa hendak solat, di sini perasaannya lain, jadi inilah yang saya cakap pada kawan-kawan yang lain iaitu inilah Raudhah City yang hendak kita bina,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here