Jururawat positif Covid-19 bunuh diri bimbang jangkiti pesakit

0
202
Daniela Trezzi

ITALI – Seorang jururawat yang bertugas di barisan hadapan pengendalian pesakit Covid-19 membunuh diri selepas ujian ke atas dirinya positif virus berkenaan.

Daniela Trezzi, 34, bekerja di wad penjagaan intensif di sebuah hospital di Lombardy, salah satu kawasan yang paling teruk di Itali bertindak demikian kerana bimbang dia akan menjangkiti orang lain.

Kematian Trezzi disahkan oleh Persekutuan Jururawat Itali dalam satu kenyataan yang mendakwa Trezzi berada di bawah tekanan emosi yang terlalu ‘berat’.

Trezzi yang didiagnos dengan virus itu dilaporkan menjalani kuarantin dan tidak bekerja sejak 10 Mac lalu dan tidak berada di bawah pengawasan.

“Setiap daripada kita memilih profesion ini untuk kebaikan tapi malangnya ada juga sisi buruknya,” menurut kenyataan dipetik agensi Calgary Sun.

Kematian Trezzi kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa dengan langkah-langkah pemantauan khususnya emosi dan tekanan dihadapi kakitangan hospital berkaitan Covid-19 semakin diberi perhatian.

Itali menjadi negara paling teruk terjejas sejak penularan wabak maut yang dipercayai bermula di Wuhan, China itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here