Kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan sah dijangkiti Covid-19

0
146
Hospital Teluk Intan, Perak

CYBERJAYA – Beberapa kakitangan perubatan di Hospital Teluk Intan telah disahkan positif Covid -19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan.

“Pihak Pengurusan Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan exposure terhadap kakitangan hospital.

“Perkara ini telah menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook miliknya awal pagi hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang menyatakan terdapat peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di Hospital Teluk Intan terganggu sehingga menyebabkan orang awam bimbang.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham juga menggesa orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Katanya, sebarang maklumat berkenaan Covid-19 hendaklah merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here