Kami tidak sempurna tapi…

0
501
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua lapisan golongan dan bangsa di negara ini untuk bersatu bersama-sama pentadbiran kerajaan sekarang dalam melawan wabak Covid-19.

Perdana Menteri berkata, beliau sedar kerajaan yang dibentuk sekarang bukan dipilih oleh rakyat, namun itu tidak bermakna kerajaan tidak prihatin dan mengambil berat kepada kebajikan semua.

“Kita sekarang sedang berperang dengan tentera yang tidak kelihatan. Situasi ini belum pernah berlaku dalam sejarah. Kerajaan sekarang mungkin bukan kerajaan yang rakyat pilih sebelum ini.

“Tetapi saya ingin anda semua tahu bahawa kerajaan ini prihatin pada semua. Saya akui saya menjadi Perdana Menteri pada waktu yang tidak sesuai. Saya terpaksa berhadapan dengan situasi politik, ekonomi dan krisis kesihatan dalam satu masa,” katanya ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Namun begitu, katanya, situasi krisis kesihatan yang berlaku sekarang memerlukan semua pihak bersama-sama kerajaan untuk menanganinya.

Antara yang berada di belakang tabir bagi memastikan negara dapat menangani krisis kesihatan ini

“Kepada semua yang saya sayangi tidak kira Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun dan orang asal, silalah bersama-sama saya dan rakan-rakan Kabinet lain.

“Kami tidak sempurna tetapi telah melakukan yang terbaik untuk mengeluarkan negara daripada krisis kesihatan ini sebagai satu bangsa,” katanya.

Katanya, beliau yakin dengan kebersatuan semua pihak, negara akan menjadi bertambah kuat selepas krisis tersebut berakhir.

“Saya minta sokongan daripada saudara dan saudari sekalian, marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here