Kanak-kanak dua tahun positif Covid-19

0
141

KOTA BHARU -Ujian berat buat kanak-kanak berumur dua tahun apabila bukan sahaja menghidap kanser darah, sebaliknya menjadi mangsa termuda positif Covid-19 di Kelantan.

Kanak-kanak itu yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) menerusi Facebook milik persatuan itu semalam.

Menerusi Facebook berkenaan, PESONA memohon orang ramai mendoakan kanak-kanak itu berumur dua tahun empat bulan yang disahkan positif Covid-19.

Kisah kanak-kanak berkenaan tular di Facebook sejak kelmarin dan mengundang simpati masyarakat.

Sementara itu, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan kanak-kanak berkenaan positif Covid- 19.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Kanak-kanak itu dijangkiti Covid-19 melalui keluarga,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here