Kelantan adakan solat hajat cegah penularan Covid-19

0
109

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan mengadakan solat sunat hajat peringkat negeri dalam masa terdekat dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Bernama melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad pagi tadi.

“(Pada masa yang sama) saya berharap semua pihak khususnya Jabatan Kesihatan Kelantan bekerja keras untuk menangani masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan penambahan 28 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus itu di Malaysia sebanyak 83 kes.

Sementara itu, Ahmad menyambut baik pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

“Tan Sri Idrus merupakan orang yang berpengalaman dalam aspek perundangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here