Kembara Sufi hulur bantuan barangan keperluan

0
177
Al-Fadzil Hidzir menyampaikan sumbangan kepada golongan yang terjejas dengan PKP

CYBERJAYA – Meskipun turut terkesan dengan penularan wabak Covid-19, ia tidak menghalang syarikat pelancongan terkenal, Kembara Sufi untuk turut bersama-sama membantu golongan memerlukan ketika saat genting ini.

Pengarah Urusan Kembaran Sufi Group Of Company Sdn. Bhd., Al-Fadzil Hidzir berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, pihaknya mendapat maklumat banyak keluarga yang terputus bekakan makanan dan hilang sumber pendapatan.

Berikutan itu, Al-Fadzil berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk turut sama membantu bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Rakyat perlu patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk duduk di rumah. Namun masih ada di antara mereka yang hidup berkerja dengan gaji harian dan sebagainya.

Beliau berkata, antara sumbangan yang dihulurkan ialah berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula dan lain-lain.

“Jadi kami ambil inisiatif untuk membatu mereka yang benar-benar dalam kesusahan. Setidaknya, ini akan dapat meringankan sedikit beban mereka,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, Al-Fadzil berkata, beliau bersyukur kerana agensinya tidak berseorangan dalam melakukan kerja kebajikan tersebut apabila turut mendapat sokongan daripada pelanggan-pelanggannya.

“Setakat ini kami sudah menyampaikan sumbangan di beberapa daerah di Pahang seperti di Maran, Jengka, Chenor, Bera dan Kuantan.

“Malah kami turut turun ke Puncak Alam, Selangor untuk mencari mereka yang benar-benar layak dibantu. Ini soal tanggungjawab dan kita perlu bantu bila diperlukan,” tambahnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here