Kerajaan ambil berat soal rakyat – Cikgu Izzat

0
257

CYBERJAYA – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri hari ini membuktikan pentadbiran kerajaan jelas mengambil berat keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua lapisan rakyat.

Ketua Prasarana Kempen Buy Muslim First (BMF) Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari berkata, bantuan yang diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS); peniaga kecil serta sederhana; korporat, industri kecil dan besar dan kontraktor tender kerajaan juga mendapat perhatian Perdana Menteri.

Tambah beliau, pakej itu juga turut mendapat manfaat golongan bujang, pelajar institut pengajian tinggi, kakitangan kerajaan, swasta meliputi dari gred rendah hingga gred tinggi iaitu semua mendapat manfaat.

“Malah peringkat timbalan menteri, menteri dan Perdana Menteri juga terlibat tetapi potongan gaji dua bulan. Itu hebat!.

“Bagi golongan asnaf atau B40 yang menetap di PPR (Projek Perumahan Rakyat), rumah bantuan juga mendapat manafaat secara menyeluruh.

“Ia termasuk semua pemandu e-Hailing juga mendapat perhatian Perdana Menteri. Bersyukur! kepada pemandu e-Hailing, selepas ini bawa imej kebangsaan, nama baik Malaysia dan memandu dengan berhemah!,” katanya dalam hantaran akaun rasmi Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat menambah, selain bantuan dan pelepasan bayaran pinjaman di peringkat individu dan perniagaan, Perdana Menteri turut memberi perhatian dalam semua jenis industri serta korporat.

“Perdana Menteri betul-betul mahu semua jenis industri dan korporat tidak lumpuh iaitu suntikan pinjaman dengan syarat paling minimum! Jangan salah guna kemudahan ini sudah,” ujarnya.

Secara peribadi, Cikgu Izzat menyifatkan Perdana Menteri bersama barisan kepemimpinannya adalah bernadi rakyat, malah terharu apabila seorang pemimpin negara memimpin bacaan doa dan diaminkan oleh rakyat Malaysia secara langsung membuktikan beliau seorang yang memahami rakyat. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here