Kerajaan terima sumbangan RM5 juta untuk Tabung Covid-19

0
111
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cek daripada DRB Hicom yang diwakili Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan RM5 juta daripada lima syarikat untuk tabung Covid-19.

Dalam satu kenyatan menerusi laman Facebook rasmi miliknya, lima syarikat tersebut melibatkan Spanco, diwakili oleh Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang menyumbangkan RM2 juta, diikuti DRB Hicom, MMC Berhad dan YTL Corporation Berhad yang masing-masing menghulurkan sumbangan RM1 juta.

DRB Hicom diwakili oleh Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar, MMC Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Tan Sri Datuk Francis Yeoh Sock Ping mewakili YTL Corporation Berhad.

Turut menyerahkan sumbangan ialah TITIJAYA Land Berhad melalui Tan Sri S.P Lim yang menyumbangkan 520,000 topeng muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Ini menjadikan jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8.125 juta.

Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here