Kerajaan tetapkan harga siling penutup mulut RM1.50

0
65

 

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan harga siling bagi penutup hidung dan mulut adalah RM1.50 sekeping iaitu 50 sen lebih murah berbanding harga dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutup hidung dan mulut tidak banyak dikeluarkan di dalam negara tetapi diimport dari negara luar.

“Ini kerana kerajaan terpaksa mengikut harga pasaran global.

“Walau bagaimanapun, kita akan terus mengkaji harga tersebut, sekiranya harga terus menurun, kita akan semak semula,” katanya dalam Sidang Akhbar Harian hari ini.

Katanya lagi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi sebelum ini mengumumkan harga siling penutup muka dan hidung dinaikkan kepada RM2 sekeping berbanding 80 sen sebelum ini.

“Harga siling baharu itu telah mula berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu.

“Tindakan tersebut adalah bagi menggalakkan lebih ramai peniaga mengimport penutup hidung dan mulut bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran tempatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here