Kes Covid-19 dijangka naik mendadak pertengahan April

0
140

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan menjangkakan akan ada pertambahan secara mendadak kes positif Covid-19 menjelang pertengahan April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah membuat pelbagai perancangan bagi mengelakkan perkara itu terjadi.

Beliau berkata, dalam aspek pembersihan, pihaknya telah menjalankan proses nyah kuman dan jangkiat di pelbagai lokasi di seluruh negara.

“Kita menjalinkan kerjasama dengan pihak kementerian-kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta majlis daerah untuk pelaksanaannya.

“Kita turut mencari serta melakukan ujian bagi mereka yang positif ini untuk dikuarantin. Bagi mereka yang mendapat keputusan negatif pula, perlu adakan kuarantin secara sukarela selama 14 hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here