Ketua Menteri Melaka gagal mohon bubar DUN

0
325
Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob

CYBERJAYA – Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan satu pilihan raya negeri diadakan.

Menurut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasim Hasan, keputusan itu dibuat selepas Mohd. Khalil mendapati Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN negeri tersebut.

“Adalah dimaklumkan Yang Dipertua Melaka telah mendapat representasi daripada sebilangan besar ADUN Melaka bahawa Ketua Menteri Melaka tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka.

“Di atas budi bicara Yang Dipertua Melaka telah tidak mempersetujui permohonan Ketua Menteri untuk membubarkan DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hasim berkata, berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan negeri, Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri.

Katanya, selanjutnya berdasarkan Perkara 7(2)(a) Perlembagaan negeri, Yang Dipertua negeri akan melantik dalam masa terdekat seorang Ketua Menteri baharu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here