Ketua polis Selangor, dua pegawai kanan dikuarantin

0
253

Noor Azam Jamaludin

CYBERJAYA – Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin dan dua lagi pegawai kanan polis di kontinjen Selangor dikuarantin sejak pagi semalam susulan dikhuatiri terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Noor Azam dan dua pegawai terbabit membuat ujian saringan Covid-19 di Hospital Shah Alam, pagi semalam.

“Dua lagi pegawai kanan itu adalah Ketua Cawangan Khas Selangor, Abdul Basir Ahmad dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Selangor, Sulaiman Salleh.

“Tiga individu itu hadir untuk membuat saringan Covid-19 susulan kes jangkitan terbaru yang melibatkan salah seorang jemaah Surau Khalid Al-Walid di kontinjen Selangor,” katanya.

Menurut sumber, hasil saringan itu, Noor Azam dan Sulaiman dinasihatkan oleh pihak kesihatan hospital untuk melakukan kuarantin diri di kediaman masing-masing selama 14 hari.

Basir pula kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh untuk saringan selanjutnya, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here