Khairuddin terus memulakan tugas

0
180

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI


CYBERJAYA – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi terus memulakan tugasnya hari ini.

Dalam hantaran menerusi akaun Facebook miliknya, beliau berkata, satu taklimat bersama pegawai tertinggi kementerian akan diadakan selepas istiadat angkat sumpah pukul 3 petang ini.

“Hari ini majiis angkat sumpah, seterusnya pukul 6 petang saya akan ke pejabat untuk mendengar taklimat awal daripada pegawai-pegawai tinggi,” katanya.

Khairuddin dalam pada itu turut memohon titipan doa daripada seluruh rakyat.

“Bermula tugasan Insya-Allah. Mohon doa semua,” katanya.

Khairuddin dibantu oleh dua Timbalannya iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng dan Willie anak Mongin. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here