Kita MALAYSIA

0
79

Kita MALAYSIA
oleh: Teo Wei Sing

Sekarang barulah kita tahu
Jutaan masyarakat Cina sayangi Malaysia
Pabila pengulas isu semasa memburukkan negara
Mereka membanjiri laman Facebooknya
Menyerang bertubi-tubi dengan kata luar biasa
Dan kata-kata luar biasa inilah cinta
Apa itu cinta
Dan cinta itu apa
Lebih sesuai diungkapkan sebagai patriotisme.

Rupa-rupanya Cina Malaysia patriotik juga
Jutaan protes di laman Facebook terhadap pendusta
Terhadap seorang pengulas isu semasa
Yang betul-betul celaka
Berhentilah bertanya apakah Cina itu sayang negara
Kerana bukti yang sahih ada di depan mata
Kita warganegara
Kita juga setitis darah di atas tanah yang bergelar nusa.

Tuhan menciptakan manusia itu berbeza-beza
Sudah tentu bukan semua Cina sama
Tapi saya yakin
Kebanyakan mereka sayangi negara
Kebanyakan mereka cintai Malaysia
Cuma cara mereka lafazkan itu berbeza
Cara mereka zahirkan itu lain sahaja
Kadang-kadang sukar diluahkan kepada sesiapa
Kadang-kadang tak tahu caranya bagaimana
Kadang-kadang bukan masanya.

Hari semalam
Hari ini
Tibalah masanya
Pengulas isu semasa itu bermain api sengketa
Dari Taiwan dia kirimkan nista mengaibkan saudara kita Muslim di Malaysia.

Ayuh bangsa Malaysia !!
Marilah kita sama-sama melawan balik dengan kata-kata
Lawan balik dengan bijaksana
Lawan balik dengan maruah kita
Kini
Zahirlah persaudaraan rakyat Malaysia
Berpuluh-tahun tahun bersaudara
Kita MALAYSIA.

(3.22pm, 29/3/2020)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here