“Kita pandang remeh Covid-19” – Presiden Suruhanjaya Eropah

0
104
Ursula von der Leyen

BERLIN – Presiden Suruhanjaya Eropah menyifatkan dunia Eropah sebelum ini terlalu memandang remeh wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Ursula von der Leyen memberitahu akhbar Bild di Jerman, mungkin beberapa minggu lalu langkah untuk menentang virus ini dianggap terlalu kejam tetapi kini ia menjadi tindakan yang terpaksa diambil.

“Kita semua yang bukan pakar, pada awalnya memandang remeh Covid-19. Tetapi akhirnya virus itu membuatkan kita semua menjadi tidak keruan dan terpaksa berusaha keras untuk jangka masa yang lama,” katanya sambil menambah penting untuk mematuhi pengisytiharan perintah berkurung yang dikenakan oleh beberapa negara EU.

Presiden Perancis, Emmanual Macron menyifatkan perjuangan untuk mencegah virus itu umpama “peperangan,” tetapi von der Leyen berkata:

“Saya sendiri tidak akan menggunakan perkataan itu, tetapi saya faham apa yang cuba disampaikan Presiden Perancis itu. Kerana Covid-19 musuh yang luar biasa. Kita tidak boleh melihatnya, tidak mempunyai warna, tidak boleh merasanya. Bagaimanapun, ia mengganas dengan hebat.”

Keadaan itu juga memaksa WHO mengisytiharkan Eropah sebagai pusat penularan baharu pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here