KKM gerakkan petugas ambil darah di rumah

0
107

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Petugas kesihatan akan digerakkan ke kediaman untuk mengambil darah penderma bagi menampung kekurangan bekalan tabung darah ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut menggalakkan orang ramai yang ingin menderma supaya menghubungi talian hotline Kementerian Kesihatan (KKM) bagi berbuat demikian.

Beliau mengakui bekalan darah mengalami kekurangan namun pihaknya sudah mengawal penggunaannya khususnya untuk rawatan lain di hospital bagi mengelak penyusutan bekalan secara mendadak.

“Sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua orang dihadkan keluar. Jadi mereka yang ingin menderma boleh hubungi kita dan petugas kesihatan akan datang ke rumah untuk ambil bekalan darah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti 3,000 jururawat yang sudah bersara untuk kembali dipanggil bertugas bagi menampung kekurangan petugas kesihatan ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here