Komuniti BangiKu agih bantuan RM17,500

0
179

Wakil Komuniti BangiKu menyerahkan sumbangan kepada penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi.

CYBERJAYA – Komuniti dalam talian penduduk Bandar Baru Bangi, BangiKu baru-baru mengagihkan sumbangan berjumlah RM17,500 kepada 87 keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Pengagihan sesi pertama Sumbangan Covid-19 BangiKu dilakukan di Pangsapuri Council Home Seksyen 16 dan Pangsapuri Seksyen 2 iaitu ahli kariah Surau Al-Ehsan dan Surau Damai.

Antara golongan penerima adalah asnaf, ibu tunggal, peniaga kecil yang terputus bekalan makanan, sumber pencarian dan penduduk yang tiada pekerjaan tetap.

BangiKu dalam kenyataannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Surau al-Mawaddah, Seksyen 2, Datuk Othman Desa dan ahli kariah surau berkenaan atas sumbangan yang diberi.

Penghargaan turut diberikan kepada Yang Dipertua BangiKu, Hamdi Haron berserta ahli jawatankuasa dan anggota pasukan Delta Seirra terlibat.

“Diharap sesiapa yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui sumbangan kepada BangiKu kerana ramai lagi keluarga di Bandar Baru Bangi yang memerlukan.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka sepanjang tempoh PKP ini,’’ kata kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menggunakan akauan Bank Islam (12-029-01-008-305-4) yang didaftar atas nama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BangiKu).

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi AJK BangiKU iaitu Shahrizal di talian 018-296 8011, Hamdi (017-379 5252), Habib (012-365 6593) dan Hamizi (012-315 3797). -MT


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here