Korea Selatan lapor 74 kes baharu Covid-19

0
49

CYBERJAYA – Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Korea (KCDC) melaporkan terdapat 74 kes positif baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Korea Selatan.

Peningkatan ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negara tersebut kepada 9,661.

Memetik laporan Al-Jazeera, angka kes baharu ini merupakan hari ke-18 berturut-turut di mana jumlah kes baharu dilaporkan berlegar dalam angka 100 dan ke bawah, kata KCDC.

Semalam, jumlah kes positif dilaporkan adalah 105.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here