Pembukaan Malakat Mall yang terletak di CDB3, Cyberjaya di sini sentiasa dinanti masyarakat Muslim.

Mereka sudah lama menantikan sebuah pusat beli belah menghimpunkan produk-produk usahawan Muslim yang selama ini jarang didapati di Lembah Klang. Jika ada pun hanya jualan menerusi dalam talian atau kedai-kedai runcit sahaja.

Malakat Mall bukan sebarang pusat beli belah. Ia satu perjuangan meningkatkan ekonomi umat Islam yang ketinggalan jauh berbanding kaum lain di negara ini.

Selama lebih 60 tahun ekonomi masyarakat Muslim tidak banyak berubah. Kek ekonomi yang dirancang tidak menepati sasaran.

Dalam mana-mana sebuah pusat beli belah yang baharu dibuka tidak akan terlepas daripada kritikan. 

Selain ucapan tahniah daripada masyarakat ada juga yang memandang sinis usaha itu akan menemui kegagalan.

Malah ada segelintir pihak terutama mereka yang begitu iri hati jika bangsa Melayu maju meletakkan sasaran tempoh masa bahawa pusat beli belah itu tidak bertahan lama.

Mereka menyamakan sebuah pusat jualan teknologi maklumat (IT) disertai usahawan Muslim mengalami kegagalan.

Ada juga memberi pelbagai gelaran antaranya ‘Malaikat Maut’. Mereka gentar bila menyebut nama itu tapi tidak takut sebuah pusat beli belah itu menggunakan nama yang dibenci oleh Allah dan Islam. Malah dipuji melambung pun ada.

Malakat Mall bukan tempat penjualan khusus. Ada pelbagai jenis produk dan kedai yang memberi pilihan kepada pengguna.

Ada pasar raya Raudhah Grocer, kedai kasut, pakaian, alat ganti, gajet, sukan, alat tulis dan pelbagai lagi. Maknanya ia bukan sebuah pusat beli biasa.

Apa yang menyedihkan, bangsa kita juga menghinanya. Ada mendakwa Malakat Mall bersifat rasis kerana khusus untuk orang Melayu sahaja.

Dakwaan itu hanya membaca dalam laman sosial. Hakikatnya tidak datang apatah lagi melihat sendiri bukan sahaja orang Muslim malah kaum lain juga turut sama membeli belah di sini.

Penulis sendiri melihat ada kaum Cina, India dan warga asing turut sama membeli belah. Ini membuktikan Malakat Mall bukan pusat beli belah biasa tapi ia adalah pusat beli belah komuniti untuk semua bangsa.

Agak menyedihkan bila rakan seumat kita sendiri memandang lekeh usaha ini. Jika tidak menyokong pun, berilah kata-kata semangat. Bukan sampai menghina serta membandingkan pusat beli belah lain.

Bagi penulis, mereka masih belum nampak lagi pencapaian itu. Namun didoakan hati mereka terbuka dan memahami mengapa Malakat Mall dibuka. 

Bagi para pejuang Islam, hanya ekonomi sahaja kita mampu berjuang. Jangan gentar dengan pihak yang sedang menyerang kita.

 Kukuhkan ikatan, kuatkan perpaduan. Insya-Allah kejayaan menanti kita. – MT

3 COMMENTS

  1. Syabas pasaraya Malakat Mall dapat diadakan. Diharap pasaraya sebegini dapat dibuka diseluruh Malaysia. Selain itu pusat zakat dapat nenyuntik modal supaya impian ini segera dicapai. Bagi umat Islam yg lain wajar memberi sokongan sekiranya mahu melihat ekonomi Islam berkembang dengan pesat. Insyallah Malakat Mall berjaya.

  2. secara keseluruhan malakat mall mempunyai pilihan yg bagus dan berkualiti di bahagian bahan segar harga juga mampu milik

    di bahagian grocery dan paling penting bahagian pembayaran perlu banyak tambah baikkan, insyallah team malakat mampu menambahbaik perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here