KTMB mula jual tiket sempena Aidilfitri

0
70

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mula menjual tiket perjalanan ke seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini sejak 5 Mac lalu.

Ketua Strategi Komunikasinya, Ahmad Asri Khalbi berkata penjualan tiket melibatkan perkhidmatan KTM Antarabandar (Intercity) dan kereta api elektrik (ETS) itu bangi perjalanan di antara 1 April dan 31 Mei tahun ini.

Katanya, sebanyak 798,368 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan ETS melibatkan laluan di antara Gemas, Kuala Lumpur, Ipoh, Padang Besar dan Butterworth.

Manakala sejumlah 141,032 tiket lagi ditawarkan bagi perjalanan di antara Tumpat, Gemas, dan Johor Bahru.

“Pembukaan jualan tiket itu dilakukan serentak di semua stesen bagi perjalanan ke pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

“Ia juga dibuka lebih awal kerana mengambil kira waktu cuti sekolah yang jatuh pada musim perayaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan agar para pengguna mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.

“Selain pembelian secara terus di kaunter, orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi atas talian dalam laman sesawang rasmi KTMB dan aplikasi MobTicket,” katanya.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here