Kumpulan pertama peralatan perubatan dari China ke Hospital Sungai Buloh

0
155

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kedutaan China di Malaysia mengumumkan menyerahkan bantuan perubatan dari negara tanah besar itu untuk Malaysia yang bergelut wabak Covid-19.

Melalui hantaran dalam laman Facebook rasmi kedutaan China di Malaysia, mereka berkongsi beberapa keeping gambar yang menunjukkan sebuah lori mengandungi pelbagai alat perubatan sedang menghantar muatannya ke Hospital Sungai Buloh.

“Bertindak tanpa menangguh! Kumpulan pertama peralatan perubatan dari China sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh,” menurut status bergambar itu.

Sementara itu melalui satu lagi hantaran bergambar Duta China ke Malaysia, Bai Tian turut memberi kata-kata semangat kepada Malaysia.

“Menghadapi #Covid-19, ketika saya berasa sedikit lega tentang tanah air saya, saya mula bimbang untuk Malaysia.
#StayStrongMalaysia! Rakan China anda bersama Anda!, “katanya

China sebelum ini sedia membantu membekalkan peralatan perubatan yang diperlukan termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diumumkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan pertemuan beliau dengan Duta China ke Malaysia, Bai Tian di Wisma Putra baru-baru ini.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here