Lain negara lain cara tangani wabak Covid-19

0
116

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pakar Perubatan, Dr. Imelda Balchin berkata, setiap negara melaksanakan langkah berbeza dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Menerusi satu hantaran dalam laman sosial Facebook miliknya berkata, di China, mereka membina hospital Covid-19 dengan cepat untuk mengasingkan pesakit wabak itu daripada pesakit lain, dan melindungi pengamal kesihatan daripada mendapat jangkitan.

Dr Imelda Balchin

Beliau berkata, kaedah lain terpaksa dilakukan di negara ini kerana Malaysia tidak mempunyai keupayaan membina hospital besar baharu dengan cepat namun Kementerian Kesihatan melakukan kaedah lain dalam menangani wabak ini.

“Beberapa hospital besar kerajaan dan hospital besar universiti akan ditutup daripada tugas biasa untuk menjadi Pusat Covid -19 manakala pesakit yang bukan dijangkiti wabak itu akan diarahkan ke hospital lain.

“Sila dengar nasihat yang anda terima sebab sokongan anda membantu kami menjalankan tugas kami dengan cekap,” katanya.

Selain itu menurut Dr. Imelda, beberapa hospital swasta sudah bersetuju membantu hospital kerajaan dengan menerima pemindahan pesakit yang bukan pesakit Covid-19 dari hospital kerajaan.

Sehubungan itu beliau meminta pesakit terlibat menerima nasihat hospital yang membuat keputusan membawa mereka ke hospital lain, bagi membolehkan pasukan perubatan menjalankan tugas mereka dengan cekap.

“Sebab itulah doktor dan pengamal kesihatan semakin sibuk walaupun tidak berkerja sebagai pekerja barisan hadapan di Pusat Covid -19.

“Kami membantu mengurangkan beban mereka dan mengurangkan kesesakan di hospital besar,” katanya.

Pada masa sama beliau mengucapkan penghargaan kepada pekerja di makmal-makmal ujian Covid-19 yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan laporan ujian.

“Kesemua pekerja makmal bekerja sehingga pukul 12 tengah malam masih bagi menyiapkan laporan, supaya kami boleh mendapat keputusan ujian dengan cepat serta tepat dan supaya kami boleh merujuk pesakit ke tempat yang sesuai untuk mereka,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here