Latheefa Koya letak jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM

0
68

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Berita tidak rasmi yang menyatakan Latheefa Koya meletak jawatan sebagai Ketua Pesujuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya terjawab selepas satu kenyataan media diterima pagi ini.

Latheefa Koya dalam satu kenyataan media mengesahkan sudah meletakkan jawatannya dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

“Ia keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan (untuk letak jawatan) tidak berasas.

“Hasrat saya adalah untuk kembali menjadi pendukung hak asasi manusia,” katanya.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ke-14 untuk tempoh kontrak dua tahun bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.~MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here