Lebih 1,000 rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang

0
87

CYBERJAYA- Lebih 1,000 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara termasuk Uzbekistan, Mesir, Maldives, Nigeria, Thailand, Jepun dan Kemboja berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, setakat pagi ini juga, sebanyak 696 rakyat Malaysia yang terkandas di India sudah dibawa pulang menerusi kerjasama dengan MIC dan Air Asia.

“Insyaallah, lebih ramai lagi akan dibawa pulang dari India dalam waktu terdekat,” katanya falam sidang akhbar hari ini.

Mengenai Iran, Hishammuddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan bantuan Wisma Putra sudah berjaya membawa pulang sebanyak 46 orang rakyat Malaysia dari negara itu.

“Di Itali, pihak MKN, Wisma Putra dan Perwakilan Malaysia di Itali sedang berunding dengan Kerajaan Itali bagi memberi kebenaran pesawat khas kita mendarat seterusnya membolehkan urusan bawa pulang dari Itali segera dilaksanakan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here