Lelaki ‘kenduri kepala kambing’ ditahan polis

0
3336
Video tular yang dipercayai mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19.

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki yang memperlekehkan Perintah Kawalan Pergerakan dalam video yang tular hari ini.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen kedah selepas video menyiarkan rakaman dirinya di dalam satu majlis ‘kenduri kepala kambing’.

Dalam video berdurasi 57 saat berkenaan, lelaki yang berbicara dalam loghat Kedah itu berkata, orang ramai tidak perlu risau dengan penularan wabak Covid-19.

Video tersebut memaparkan sekumpulan tetamu sedang beratur untuk menikmati sajian kepala kambing di sebuah rumah.

Terdahulu pada petang ini, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asistan Komisioner Mohd Rozi Jidin mengumumkan pihak berkuasa itu sedang mengesan lelaki berkenaan dan mahu orang ramai yang mengenalinya tampil memberi maklumat. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here