Letak jawatan kerana perubahan pemerintahan politik

0
91
Thomy Thomas

CYBERJAYA – Keputusan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan pada 28 Februari lalu adalah disebabkan susulan perubahan ‘pemerintahan politik’ di negara ini.

Memetik laporan portal berita FMT, Tommy mengakui kontrak perkhidmatannya sepatut berakhir Jun ini, namun mengambil keputusan mengundurkan diri selaras status jawatannya yang dibuat secara lantikan politik.

“Jawatan sebagai Peguam Negara adalah menerusi lantikan politik yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.

“Apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan, saya juga tertakluk untuk berbuat demikian kerana dilantik oleh beliau, malah ia penting untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri yang baharu memilih calon baharu bagi menyandang tugas Peguam Negara,” katanya hari ini.

Thomas yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun, dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Dr. Mahathir pada 28 Februari lalu.

Sepanjang tempoh hampir dua tahun memegang jawatan itu, banyak keputusan kontroversi dilakukan beliau antaranya menggugurkan pertuduhan kes terhadap 12 anggota Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan bertindak subjudis dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here