LHDNM beri kelonggaran kepada pembayar cukai

0
199


CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Kementerian Kewangan memberi kelonggaran kepada pelanggannya dalam urusan pembayaran cukai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini.

Dalam satu kenyataan di sini, pihaknya amat prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh pembayar cukai sepanjang arahan kerajaan dilaksanakan ketika ini.

Kata kenyataan itu, pelanjutan tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) selama dua bulan bagi semua pembayar cukai yang tarikh akhirnya antara Mac hingga Jun ini.

“LHDNM bersetuju memberikan kelonggaran kepada urusan lain meliputi bayaran cukai, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Duti Setem, permohonan nombor pin e-Filing dan lain-lain.

“Sebagai rujukan pembayar cukai, LHDNM ingin memaklumkan bahawa Soalan Lazim (FAQ) berkaitan perkara ini boleh diakses dan dimuat turun dalam laman sesawang kami,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, soalan lazim tersebut boleh melayari laman rasmi portal agensi tersebut iaitu www.hasil.gov.my dan muat turun di bahagian pengumuman atau capaian pantas di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf

Kata kenyataan itu, adalah diharapkan kemudahan yang diberikan ini dapat membantu pembayar cukai mengatur semula urusan percukaian dan seterusnya meringankan kesulitan yang mereka hadapi. 

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara),” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here