LHDNM umum insentif potongan cukai penderma Covid-19

0
180

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan insentif potongan cukai akan diberikan kepada penderma yang menyumbangkan wang tunai atau barangan digunakan untuk penularan Covid-19 serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kewangan (MOF) dan agensi kutipan hasil cukai itu amat menghargai usaha murni rakyat yang ingin bersama menyalurkan sumbangan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Berikut merupakan kenyataan penuh LHDNM:

Pada masa ini insentif yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP)1967 oleh Kerajaan adalah untuk:

i. Tabung Covid-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jenis sumbangan: Tunai dan Barangan

ii. Tabung Covid-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri)
Jenis Sumbangan: Tunai sahaja

iii. Derma kepada institusi/organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.

Bagi sumbangan berbentuk peralatan/barangan untuk menangani wabak Covid-19, para penyumbang perlu mendapatkan surat akuterima sumbangan daripada penerima sumbangan berserta dengan cop rasmi mengikut format yang akan dikeluarkan oleh MOF, sebelum mengemukakan permohonan potongan cukai tersebut kepada MOF. Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada Bahagian Cukai, MOF.

Pembayar cukai yang menderma dinasihatkan supaya menyimpan rekod transaksi sebagai bukti dan sila pastikan resit/dokumen disimpan dengan rapi agar ia boleh dibuat rujukan ketika pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2020 dan semakan oleh LHDNM:

a) Transaksi Derma Tunai: Tabung Covid-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Tabung Covid-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri)

  1. Resit Rasmi Kerajaan (Kew.38)
  2. Slip pindahan wang melalui ATM
  3. Slip Cheque Deposit Machine
  4. Slip deposit melalui kaunter bank
  5. Slip pembayaran dalam talian
  6. Slip pindahan melalui Interbank Giro (IBG Transfer)
  7. Resit Real Time Electronic Transfer Fund and Securities Systems
    (RENTAS)
  8. Resit telegraphic (TT) bersama advice of credit

b) Transaksi Derma Peralatan/Barangan: Tabung Covid-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia)
i. Surat kelulusan asal oleh Menteri Kewangan;
ii. Resit rasmi atau surat akuterima sumbangan daripada badan penerima;
iii. Surat pengesahan nilai perkhidmatan / nilai kos projek daripada agensi Kerajaan berkaitan.

c) Derma tunai kepada institusi/organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) [Kelulusan Ketua Pengarah LHDNM]
i. Resit rasmi institusi/organisasi yang telah diiktiraf oleh LHDNM.

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan kesahihan organisasi sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan penipuan. Maklumat berkaitan institusi/organisasi yang mendapat kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 boleh didapati di portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau capaian pantas berikut: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=6&bt_posi=1&bt_u
nit=8&bt_sequ=1.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan
kepada LHDNM melalui:
a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here