Lima polis cedera dirempuh semasa Op Covid-19

0
232

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dirempuh lori ketika menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Jalan Syed Putra kira-kira pukul 12.45 pagi semalam

Dalam kejadian tersebut Konstable Mohd. Afendi yang cedera di bahagian kepala, bahu kiri dan kaki telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Empat mangsa lagi mangsa Inspektor Afifi Zulhusni, Koperal Khairul Nizam, Koperal Azizi dan Lans Koperal Wan Kamarul cedera ringan juga mendapat rawatan di hospital yang sama.

Insiden berkenaan dikongsi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) dalam laman sosial Instagram milik jabatan itu.

“Warga Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa,” kata JSPTKL.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula melancarkan Op Covid-19 sejak 18 Mac lalu bagi menasihati orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac.

Pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakaan itu bagi membendung wabak Covid-19 daripada merebak dan orang ramai dinasihatkan berada dirumah.

Hari ini adalah hari keempat perintah tersebut dikuatkuasakan, namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mematuhinya dengan pelbagai alasan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here