
CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok semua aktiviti perniagaan di luar kawasan pasar di beberapa lokasi tumpuan orang ramai di Pulau Pinang akan dihentikan.
Menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang, lokasi pasar terlibat ialah Pasar Air Itam, Pasar Bayan Baru dan Pasar Jalan Perak.
Katanya, bagi Pasar Jelutong pula hanya gerai sayur dibenarkan dibuka.

“Hentikan perniagaan di luar kawasan pasar berkuat kuasa Ahad, 22 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keempat hari ini, masih terdapat banyak pihak yang ingkar dan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap larangan tersebut.
Dalam beberapa rakaman video yang tular dalam media sosial terdapat beberapa lokasi di Pulau Pinang antaranya Pasar Air Itam yang tetap dikunjungi orang awam meskipun kerajaan telah mengarahkan supaya duduk di rumah dan tidak ke mana-mana jika tiada keperluan mendesak. -MT