Lukisan Van Gough dilarikan dari muzium di Belanda

0
197
Lukisan bertajuk The Parsonage Garden at Nuenen in Spring yang dihasilkan pelukis tersohor Belanda, Vincent Van Gough yang dilarikan semalam.

BERLIN – Lukisan pelukis popular Vincent Van Gough dicuri semalam dari sebuah muzium kecil di Laren, Belanda, kira-kira 30 kilometer di tenggara Amsterdam.

Kejadian berlaku ketika kebanyakan muzium dan tempat tarikan utama pelancong di negara itu ditutup ekoran penularan wabak Covid-19.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi waktu tempatan itu, polis yang tiba dilokasi selepas menerima amaran penggera keselamatan mendapati pencuri sudah hilang dan karya yang bernilai tinggi itu tidak lagi berada di situ.

“Pihak berkuasa hanya menemui pintu kaca yang dipecahkan dan ruang pameran yang menempatkan lukisan ‘The Parsonage Garden at Nuenen in Spring’ itu telah pun kosong.

“Beberapa jam kemudian ia disahkan hilang dalam satu rompakan,” menurut jurucakap polis Belanda.

Kejadian itu berlaku secara kebetulan dengan tarikh ulang tahun ke-167 Van Gough dan genap lapan tahun selepas rompakan tujuh karya terkenal di Muzium Rotterdam yang melibatkan nilai kira-kira RM1.9 bilion.

Pengarah muzium berkenaan, Jan Rudolph de Lorm berkata, kumpulan perompak itu begitu pakar dalam kerja yang dilakukan dan tahu nilai karya dipamerkan.

“Saya berasa marah dan sedih kerana seni seperti ini sepatutnya berada di muzium untuk menghibur, memberi inspirasi dan ‘menyembuhkan’ kita,” katanya.

Lukisan tersebut dipinjamkan dari Muzium Gröninger untuk pameran khas ‘Mirror the Soul’ yang berlangsung dari Januari hingga Mei.

Penularan Covid-19 menyebabkan muzium-muzium di Belanda ditutup pada 13 Mac lalu sehingga kira-kira 1 Jun ini . -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here