‘Macam mana nak balik, barangan makanan habis di rumah’

0
151

CYBERJAYA – Dalam media sosial, warga maya memaparkan aktiviti mereka sama ada mengemas rumah, mencuba menu masakan baharu dan pelbagai aktiviti lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini.

Namun berlainan pula bagi satu pasangan suami isteri di Johor Bahru, apabila mereka bersama anaknya berusia 1 tahun 4 bulan duduk di sebuah taman permainan di daerah itu.

Perkongsian itu didedahkan akaun rasmi Facebook Polis Johor apabila dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang menjalankan Op Covid-19  terserempak pasangan di taman permainan tersebut.

Dua pegawai polis itu mendekati pasangan berkenaan dengan memberi nasihat supaya akur dengan PKP dan meminta pulang ke rumah.’

Namun jawapan yang diterima meruntun hati pegawai polis terbabit apabila si isteri menangis dan memberitahu tiada wang serta bekalan makanan di rumahnya sudah habis.

Mendengar penderitaan dialami keluarga itu, dua pegawai polis tersebut, Koperal Mohd. Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin ke kedai runcit untuk memberi bantuan termasuk susu untuk anak pasangan tersebut.

Kedua-dua anggota polis itu tersentuh hati apabila anak pasangan tersebut hanya diberi minum Milo bercampur gula.

Berdasarkan hantaran akaun Facebook itu, pasangan berkenaan tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa sebuah bilik manakala suaminya telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja.

Isterinya pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.

Tahniah keapda Mohd. Hisham dan Mudrikah kerana menjadi wira membantu suami isteri itu dan semoga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan oleh pihak berwajib. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here