Main bola tampar, polis bakar jaring dan bola

0
2112

CYBERJAYA – Degil dan langsung tidak peka dengan Perintah Kawalan Pergerakan, itu boleh digambar terhadap sekumpulan remaja di percayai dari Segamat, Johor.

Kumpulan remaja itu bukan sahaja keluar dari rumah, malah sempat bermain bola tampar seolah-olah tiada apa yang berlaku walhal terdedah kepada bahaya Covid-19.

Bagaimanapun, ‘kegembiraan’ mereka tidak lama apabila polis mengarahkan kesemua mereka bersurai dan balik kerumah masing-masing bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Bagi mengelak kumpulan remaja berkenaan kembali berkumpul di kawasan berkenaan, pihak polis bertindak membakar jaring dan juga bola tampar yang digunakan.

Itu pengajaran buat mereka, patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan sehingga 31 Mac ini demi kesejahteraan bersama dalam menangani wabak Covid-19.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here