Majikan perlu tuntut Subsidi Upah bagi pekerjanya

0
95
Gambar hiasan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Program Subsidi Upah yang diumum kerajaan iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan perlu dituntut oleh majikan bagi pihak pekerjanya.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

“Bagi mengelakkan kekeliruan, Program Subsidi Upah ini juga penambahbaikan dan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan yang diumum menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi pada 16 Mac lalu.

“Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada [email protected] atau ajukan sebarang aduan dan pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan.

Program Subsidi Upah dikhususkan kepada pekerja dengan gaji bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus, sejak 1 Januari lalu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), semalam.

Sebanyak RM5.9 billion diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO bagi melaksanakan Program Subsidi Upah ini yang akan memberi manfaat kepada 3.3 juta pekerja swasta di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here