Majlis Konvokesyen Raudhah College ditangguh

0
299

Oleh SITI AZIELAH WAHI

RAUDHAH CITY – Majlis Konvokesyen Raudhah College (RC) yang dijadualkan diadakan di Great Hall, Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di sini pada 21 Mac ini ditangguhkan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Eksekutif RC, Dr. Taha Mohd. Omar dalam akaun rasmi Facebook kolej itu pagi ini.

“Keputusan berkenaan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 dan pekeliling dari Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 14 Mac 2020,” katanya.

Menurut beliau, majlis konvokesyen itu bakal melibatkan graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), dengan jemputan wakil dari Pejabat Naib Canselor universiti itu, Prof. Dr. Rahim Razalli terpaksa ditangguhkan pada tarikh akan ditetapkan semula.

“RC percaya kesihatan semua pihak perlu diberi keutamaan kerana program terbabit bakal dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk 212 graduan, ahli keluarga serta kakitangan RC,” katanya.

Sehubungan itu menurutnya, majlis konvokesyen itu akan diadakan selepas keadaan bertambah baik.

“Selepas mendapat kebenaran daripada KKM, urusetia akan menghubungi semula semua graduan terlibat,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here