Malakat Delivery: ‘Tak boleh mai kita hantaq’

1
2454

RAUDHAH CITY – Mahu membeli barangan dalam Malakat Mall tetapi menghadapi kekangan ke sana. Jangan bimbang, Malakat Delivery sedia menghantar pesanan anda.

Pengasas Malakat Delivery, Hillaj Abas Lufti Abas berkata, idea itu tercetus apabila beliau ingin membuka kedai Pos Laju di Malakat Mall berikutan pihaknya merupakan ejen sah perkhidmatan itu bagi pihak Pos Malaysia.

Beliau yang sebelum ini mempunyai sebuah kedai di Masjid As Salam, Puchong Perdana dekat sini menambah, pihaknya berbincang dengan pengurusan pusat beli belah itu dengan memberi idea serta cadangan mewujudkan perkhidmatan penghantaran untuk Malakat Mall.

“Idea mula berkembang hasil perbincangan tersebut dan terus membuat kertas kerja untuk diberikan kepada pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

“Setelah membentangkan kertas kerja kepadanya, beliau bersetuju melantik kami menjalankan perkhidmatan itu,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Hallaj menambah, Malakat Delivery menyediakan penghantaran barangan yang terdapat dalam Pasar Raya Raudhah Grocer selain kedai-kedai di dalam Malakat Mall.

Tambah beliau, mereka boleh membuat tempahan menerusi dalam talian dan menghantar terus ke rumah pelanggan.

“Kami akan mengambil tempahan dan kemudian memberi pautan (link) barangan untuk tempahan. Selepas pembayaran diterima kami menghantarnya kepada pelanggan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, perkhidmatan itu disediakan bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang dan Cheras dan dikenakan caj RM6 bagi semua penghantaran.

“Perkhidmatan di Lembah Klang turut disediakan kerana pihak kami turut mendapat permintaan di kawasan tertentu. 

“Kita juga menyediakan perkhidmatan Pos Laju bagi pelanggan di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak yang mahu membeli produk dalam Malakat Mall. Namun akan mengambil masa antara dua hingga tiga hari untuk menghantar produk mereka,” katanya.

Beliau berkata, selain Malakat Delivery, mereka juga mempunyai kaunter Pos Laju bagi pelanggan yang ingin memperbaharui cukai jalan, pembelian setem dan penghantaran parcel.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi melalui aplikasi WhatsApp Malakat Delivery di talian 012-8271293. – MT

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here