Malakat Mall di Masjid Tanah bakal jadi kenyataan

0
5468
Datuk Mas Ermieyati dengan ditemai Coach Fadzil dan isteri Efizah Mohtar Rasali melihat daging segar yang dijual di pasar raya Raudhah Grocer semalam.

CYBERJAYA – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, hasrat untuk membuka sebuah pusat beli belah BMF, Malakat Mall di Melaka bakal terlaksana tidak lama lagi.

Beliau berkata, mengikut perancangan pusat beli belah BMF itu akan diwujudkan di daerah Masjid Tanah.

“Tahniah buat semua pasukan di bawah Malakat Mall. Moga hasrat untuk meramaikan lagi usahawan Muslim dan bumiputera Melayu berjaya dan kaya akan tercapai. Tak sabar nak membawa Coach Fadzil (Pengasas Malakat Mall) ke Melaka untuk berkongsi ceritanya agar dapat memberi inspirasi pada yang lain.

Datuk Mas Ermieyati menikmati minuman Bobba Milk diTea Amo bersama Coach Fadzil dan isteri, Efizah Mohtar Rasali

“Malah hasrat untuk Malakat Mall dibuka di Masjid Tanah juga akan terlaksana nanti, insya-Allah,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkunjung ke pasar raya, Raudhah Grocer di Malakat Mall untuk melihat sendiri produk keluaran Muslim dan bumiputera yang terdapat di pusat beli belah BMF itu.

Kunjungan kali pertama beliau itu disambut oleh Coach Fadzil dan isteri, Efizah Mohtar Rasali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch.

Datuk Mas Ermieyati meninjau produk yang terdapat dalam Raudhah Grocer

Bulan lalu, ketika mengadakan pertemuan bersama Coach Fadzil, Mas Ermieyati telah meluahkan hasrat supaya Malakat Mall dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan bangunan milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Masjid Tanah untuk membuka sebuah pusat beli belah BMF di daerah itu.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut melahirkan perasaan kekagumannya dengan produk keluaran Muslim yang terdapat dalam Raudhah Grocer.

“Masya-Allah ramai orang membeli di Raudhah Grocer. Raudhah Grocer adalah sebuah pasaraya yang berada di dalam Malakat Mall, dimaklumkan baru lima hari operasi pendapatan jualannya juga amat memberangsangkan.

Datuk Mas Ermieyati bergambar bersama Coach Fadzil dan isteri, Efizah Mohtar Rasali di hadapan pintu masuk Raudhah Grocer di Malakat Mall

“Barangan dan produk hampir kebanyakannya keluaran bumiputera dan Muslim. Bungkusannya juga cukup cantik dan berkualiti, setaraf dengan nama produk yang berjenama dan terkenal yang lain. Ikan, sayur, daging, barangan basah dan kering semua ada dijual di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut tertarik dengan keenakan produk makanan dan minuman (F&B) yang terdapat di Malakat Mall yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

“Kemudian kami membasahkan tekak dengan Bobba Milk. Bobba Milk yang bukan biasa-biasa tapi terdapat tofu di dalamnya. Sedap.

“Jenama Tea Amo juga di bawah pengurusan Malakat Mall. Selain itu saya juga tertarik dengan kafe Bunch-Oh, rekaan dalamannya juga sangat cantik. Kafenya cantik sama seperti Starbucks. Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di Luar negara, hasil tangan Cef Zan pasti tidak akan menghampakan anda,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here