Malakat Mall dibangunkan tanpa bantuan kapitalis, bank

0
5023

CYBERJAYA – Pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall dibangunkan tanpa meminjam sebarang dana daripada institusi kewangan atau disokong oleh kapitalis.

“Kalau ada kekurangan kami mohon maaf, kami buat atas apa yang ada sahaja. Di belakang kita tiada kapitalis, tiada pinjaman bank dan tiada pinjaman siapa-siapa, yang ada hanya tuan puan yang meyokong kita.

Malakat Mall

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn. Bhd., Mohd. Fadzil Hashim berkata, sebaliknya, pusat beli belah itu berjaya diwujudkan dengan sokongan orang ramai yang tidak henti-henti memberikan dokongan terhadap kempen BMF.

“Dan kita berharap tuan puan terjemahkan juga sokongan kepada kami dengan selain membeli belah, juga menjadi ahli Koperasi Pembangunan Islam Malaysia (KoPPIM),” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Malakat Mall yang dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu, beroperasi di CBD3 Cyberjaya iaitu bersebelahan pusat beli belah D’Pulze di sini.

Bahagian barangan basah dalam Raudhah Grocer di Malakat Mall

Sebagai pusat beli belah pertama yang mengetengahkan konsep BMF sepenuhnya, Malakat Mall turut mendapat pelbagai respon positif dan negatif daripada banyak pihak dan malah ada pihak yang cuba memperkecilkan usaha tersebut dengan mempersoalkan daripada mana dana diperoleh dan menjangkakan pusat beli belah itu menerima nasib sama seperti Mara Digital Mall.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai coach Fadzil berkata, penyertaan orang ramai sebagai ahli KoPPIM sangat penting dalam menyatukan kekuatan ummah sekali gus dapat menjadi sebahagian daripada individu yang menyumbang kepada kebangkitan ekonomi Islam.

Sementara itu, coach Fadzil turut meminta maaf kepada semua pelanggan yang berhadapan dengan kesukaran dan masalah ketika berbelanja di pusat beli belah itu.

Orang ramai berbaris untuk membuat bayaran dalam Raudhah Grocer di Malakat Mall

“Semalam ada seorang makcik beratur hingga hampir dua jam tapi bila kami mohon maaf dia kata tidak mengapa kerana faham ini hari pertama dan datang hendak memberi sokongan.

“Jadi, jika ada sebarang kekurangan kami memohon maaf sangat-sangat,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here