Malakat Mall hantar makanan ke Hospital Sungai Buloh

0
1126

SUNGAI BULOH – Bahagian Food & Baverage (F&B) Malakat Mall hari ini tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberikan sumbangan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Pengarah F&B Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, sumbangan dengan kerjasama bahagian Malakat Delivery itu berupa 150 bekas makanan dan minuman untuk para jururawat, doktor dan kakitangan barisan hadapan.

Beliau berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan sedikit beban para petugas-petugas di hospital berkenaan yang kini sedang mengendalikan pesakit berkaitan wabak Covid-19.

“Niat kita adalah untuk bantu mereka, mungkin mereka tidak berkesempatan untuk keluar makan dan sebagainya. Jadi, kita sediakan makanan dan minuman untuk mereka.

“Untuk hari ini (Selasa) kita fokuskan kepada Hospital Sungai Buloh dahulu. Kita juga telah kenal pasti beberapa hospital lain untuk kita hantar sumbangan makanan selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Malakat Mall dengan kerjasama Kumpulan Brainy Bunch ada menganjurkan program Sadaqah untuk membantu mereka di saat yang memerlukan.

“Kita aktifkan dapur untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan dan hari ini kita bantu barisan hadapan yang berdepan dengan Covid-19. Orang lain juga kita salurkan bantuan.

“Ini adalah cara kita bantu masyarakat. Diharapkan sumbangan yang disampaikan dapat meringankan sedikit beban mereka di sini,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here